Isu:Perkahwinan bawah umur perlu izin mahkamah

Perkahwinan adalah ikatan suci antara lelaki dan wanita selari dengan kejadian manusia berpasangan. Perkahwinan juga sunnah Rasulullah SAW yang patut dituruti setiap umat yang berkemampuan.

Diriwayatkan oleh Aisyah, bermaksud: ” Nabi SAW bersabda: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.” (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW, namun ada perkara yang tidak boleh diketepikan sehingga meminggirkan matlamat menyatukan pasangan lelaki dan wanita.

Antaranya, perkahwinan anak bawah umur yang masih berlaku dalam masyarakat. Mengikut mazhab Syafie, cukup umur atau baligh apabila budak lelaki bermimpi keluar mani dan perempuan didatangi haid ataupun mereka cukup berusia 12 tahun.

Berdasarkan sejarah, Rasulullah SAW menikahi Aisyah yang ketika itu berusia sembilan tahun.

Diriwayatkan Aisyah yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi mengahwini Aisyah ketika ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, tiada umur khusus ditetapkan untuk berkahwin dan ini bermakna tidak salah berkahwin pada usia muda. Namun, melihat realiti di Malaysia, undang-undang syariah menetapkan had umur minimum untuk berkahwin 18 tahun bagi lelaki dan perempuan (16 tahun).

Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika hakim syariah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Perkahwinan kanak-kanak di bawah umur perlu mendapat kelulusan bertulis mahkamah syariah dan tiada perkahwinan boleh dijalankan tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Peruntukan seksyen itu tidak bertentangan dengan pendapat empat mazhab kerana pemerintah atau ulil amri boleh membuat undang-undang demi kepentingan umum.

Hakikatnya, kebenaran mahkamah bertujuan memberi peluang menyelidik latar belakang, keadaan fizikal dan kemampuan pasangan bawah umur yang ingin berkahwin.

Ini bagi menjaga kepentingan kanak-kanak itu kerana perkahwinan bukan perkara main-main dan wali perlu ada asas kukuh untuk mengahwinkan anak gadisnya. Hanya apabila mahkamah berpuas hati kebenaran berkahwin diberi.

Mengikut peruntukan, ‘dalam keadaan tertentu’ bermaksud wali ada alasan kukuh mengahwinkan anaknya yang boleh dipertimbangkan mahkamah sebelum memberi kebenaran. Antaranya anak bermasalah moral dan tidak boleh dikawal.

Dalam keadaan ini, bagi menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus bergelumang maksiat, harus bapa sebagai wali mengahwinkan anaknya.

Segelintir masyarakat mungkin menimbulkan persoalan mengapa umur minimum ditetapkan undang-undang sedangkan Saidatina Aisyah berkahwin pada usia enam tahun dan bersama Rasulullah apabila berusia sembilan tahun.

Saidatina Aisyah antara orang terawal memeluk Islam selain terbabit dalam perang Uhud dan Badar, malah pengetahuan ilmu al-Quran dan hadis membuktikan kematangan walaupun masih muda.

Berbanding remaja hari ini yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan, dikhuatiri tidak mampu menangani masalah atau melayari hidup berumah tangga. Umur belasan tahun dalam dunia hari ini adalah waktu mereka bersekolah.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan yang haram, tetapi mengandungi tanggungjawab perlu dilaksanakan pasangan yang berkahwin memenuhi tuntutan batin serta keperluan zahir.

tangga, kematangan fikiran perlu bagi menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapi kelak.

Rentetan daripada tanggungjawab itu boleh menyebabkan tekanan fizikal dan mental apabila mereka gagal menjalankan peranan seperti diharapkan hingga akhirnya menjurus kepada perceraian.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Oleh itu, pihak yang ingin berkahwin termasuk ibu bapa perlu memastikan pasangan bawah umur ini benar-benar bersedia memikul tanggungjawab yang dituntut kepada suami dan isteri supaya perkahwinan memberi kesejahteraan untuk semua.

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
* Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

13 thoughts on “Isu:Perkahwinan bawah umur perlu izin mahkamah

  1. Assalamualaikum smua

    Sy perlukan pandangan kwn2 smua trutamanya bg yg ada pengelaman. sendiri atau org terdekat.

    Sy berusia 33 thn. Tlh brkahwin 6 thn lalu. memiliki 2 org anak.
    Sy menghadapi mslh r/tangga yg sy rasa dh sampai panghujungnya. Hampir 5 bulan sy tdk tinggal sebumbung dgn isteri dan anak2.
    Pendek kata isteri sy gantung tdk brtali…mmg ssh nk wt kptsn…….

    Tpi skrg sy seolah2 dh ada kptsn. cuma sy risau kalau kehidupan sy slps perceraian akan lebih muram.
    Sy tak sanggup hidup keseorangan.
    sy perlukan teman. Namun teman yg ada tdk dpt memberikan kebahagiaan kpd sy.
    Justeru bagaimana kehidupan slps confirmed bergelar DUDA?
    Adakah perkahwinan kedua pasti akan bahagia?
    Pleasa help me……

  2. Sebagai manusia biasa kita tak lepas dari melakukan kesilapan. Bahkan hati kita akan sentiasa berbolak-balik dan yang pastinya syaitan akan sentiasa membisikkan hasutan kpd kita. Mohonlah petunjuk dari Allah untuk kita membuat keputusan.

  3. Terima kasih atas respnd tuan

    Kita sbg manusia biasa mmg tdk dpt lari dpd melakukan kesilapan. Namun jika kesilapan yg sama berlaku berulang-kali, ia menyerupai sengaja. Bila sesuatu kesilapan sengaja dilakukan ia seolah2 kita tdk belajar dpd kesilapan. Pendek kata sengaja menempah nahas.

    Haruskah kita terus bersama org yg mempunyai habit spt ini, yg tak mahu berubah. Sedangkan kita sentiasa tertekan dan tdk dpt mengecapi kebahagiaan hidup yg d idam2 kan.

    Utk kembali sebumbung sgt berisiko utk berhadapan dgn apa yg pernah dialami.
    Maka kehidupan baru rasanya lebih baik. Walaupun berisiko namun perlu mencuba. Dh cuba baru tahu….

    Sekalipun d takdirkan gagal, sekurang2nya dh ikhtiar.

  4. salam..fahmi aper sebenar nyer masalah u yer..cuba citerkan serba ringkas..kalau bole dapat saya beri pendapat..mengapa perlu ader perpisahan?

    • Salam Haliza
      TQ coz bg respond

      Mslh kami adalah mslh persefahaman.
      Stlh 6 thn tinggal brsama, prsefahaman masih tidak wujud.

      Jika sy beri statement pasti ada yg kata ia bias & berat sebelah.
      Terpulang kpd penilaian “pembacaan” masing2.
      Yg pasti statement sy based kpd isi hati & impian sorg lelaki brgelar suami.

      Dri kaca mata sy, wife sy sukar menurut kehendak sy.
      Dpd sekecil hingga sebesar perkara…..

      Sbg suami sudah pasti sy nak isteri ikut ckp sy selagi x melanggar hukum agama. Namun ini yg sy x dpt dlm perkahwinan sy.
      Wife akan buat apa sja yg blh mendtgkn kebaikan, keuntungan & keselesaan kpd dia.

      Prlu d ingat x smua kebaikan, keuntungan & keselesaan kpd dia akn mendtgkn kebaikan kpd sy.

      Satu lg bab, wife sy bkn dri golongan ppn yg ringan tulang. Sdgkn sy dri jenis yg suka pd kebersihan dan kekemasan…memang kontra….

      Mmg sy blh buat kerja2 rumah. Ttpi apa t/jwb dia pulak klu sewa rumah, byrn bby sitter, bills & keperluan rumah dan anak sy yg keluarkan belanja.

      W/pun dia brkerja $ dia x d gnakan utk keperluan rumahtangga. Sy x kisah mengeluarkan belanja utk r/tangga asalkan wife blh “melayan” sy melalui masakan, tempat tinggal yg bersih & kemas.

      • Salam Fahmi,

        Saya boleh faham masalah yang dihadapi oleh anda. Ini adalah kerana saya merupakan isteri pertama. Sikap isteri kedua lebih kurang seperti apa yang Fahmi gambarkan. Untuk saya perincikan satu persatu rasanya tak perlu kerana saya tidak mahu mengaibkan dia. Akibatnya suami saya membuat keputusan untuk berpisah dengan dia. Masalahnya, dia melakukan pelbagai perkara untuk menyusahkan proses tersebut dan juga berdendam. Tapi Allah itu maha kaya dan adil. Masing-masing akan mendapat habuan masing-masing. Saya akan hanya memerhati dari jauh dan tidak akan ikut campur dalam permasalahan tersebut.

        Tujuan saya disini bukan untuk mempengaruhi keputusan Fahmi. Tujuan saya untuk memberitahu bahawa bukan Fahmi seorang sahaja yang mengalaminya. Saya tidak menceritakan secara terperinci tetapi percayalah, ada orang lain yang masalahnya lebih rumit. Soal kehidupan Fahmi selepas ini, saya percaya Fahmi akan memperoleh kehidupan yang baik kerana Allah itu maha mengetahui, dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bagi saya sendiri, sekiranya saya ditakdirkan hidup sendiri, saya akan menempuhnya dengan berani kerana saya percaya, orang yang takut akan sentiasa berada di lembah. Cuma nasihat saya, sekiranya Fahmi telah berpisah dengan isteri janganlah mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan nafkah kepada anak. Dan sekiranya Fahmi bertemu dengan seseorang yang boleh dijadikan suri dalam hidup selepas ini, jangan terlalu cepat memberikan commitment. Kenali dulu dan siasat latarbelakangnya. Jangan jadi seperti suami saya….

        Wassalam.

  5. Assalamualaikum

    TQ Rita.

    Sehingga kini sudah lebih setengah tahun kami tidak duduk sebumbung….namun kami masih suami isteri.

    Tiada siapa yg tahu masalah kami ini kecuali keluarga terdekat. Rakan sepejabat tiada yg saya beri tahu. Jiran2 pasti membuat 1001 spekulasi.

    Pernah sesekali kami keluar anak beranak ke majlis keluarga. Namun semua itu lakonan belaka. Tidak sepatahpun saya berbicara dgn wife…hanya menyibukkan diri melayan anak2.

    Wife pernah menyuarakan hajat utk berdamai namun saya buat tak endah kerana saya yakin dan pasti dia masih seperti dahulu dan tidak sesekali dia akan berubah.

    Sampai bila akan begini….biar masa & yg Maha Kuasa menentukannya. Sekurang2 nya kami masih boleh keluar bersama….tidaklah aku keseorangan.

    Memang tidak ada sesiapa yg dapat membantu saya. Tapi pengalaman yg dikongsikan sekurang2 nya akan dapat membantu saya membuat keputusan.

    Ya Allah kurniakanlah kepadaku kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat…..amin

  6. salam fahmi..
    per kbr..lama saya x masuk blog nie..bz ngan keje n fmly..membaca coretan u..trharu..sedih gak..simpati..
    berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul nyer..w.bagaimanapun hidu perlu diteruskan..
    sumer org nak kn perkahwinan yg bahgia..apa yg brlaku selepas brkawin mungkin jauh dari jangkauan kita.
    Fahmi..hidup kita yang singkat nie..kalau lah hanya penderitaan sajer..apalah nama nyer..u kena gak selesaikan perkahwinan nie..samada teruskan..beri peluang pada is3..cari n gali kebahgiaan tu..x kan laa x der langsung keistimewaan is3 u..kalau x cam ner u bole pilih dia sebagai pasangan hidup..pilihan kedua nyer lepas kan sajer perkahwinan nie..mungkin masih ada kebhgiaan yg lain..
    hidup kiter nie ibarat roda..mungkin masih ada kebahgiaan yg menunggu didepan..Insyallah..Tawakal laa pada Allah selepas puas berdoa n berserah pada Nya.
    Jangan laa hidup brpura2 bahgia didepan org lain..
    Tersiksa jiwa dan raga..
    okey fahmi..gud luck..moga Allah merahmati mu
    buee

  7. Salam Haliza

    TQ haliza d atas simpati

    Mmg ada keistimewaan tapi keburukan telah menutup keistimewaan itu…keburukan lebih byk dpd keistimewaan

    Ciri keistimewaan sblm brgelar is3 hnya d luar shj rupanya.
    Skrg terbongkar segala yg tersembunyi.

    Mslh ni mmg akan sy selesaikan tapi entah bila. Mungkin setahun lagi, mungkin….entah.

    Utk beri peluang, utk kali ke berapa? Dah bosan bg peluang.
    Peluang akan berakhir dgn kekecewaan.
    Namun utk berpisah…..wajah 2 putraku sentiasa bermain d ruang fikiran.
    Jika berpisah maka makin jauhlah aku dgn putra2 ku sbb tu peluang kedua aku campak jauh2.
    Tapi apalah erti hidup ini yg masih mencari2 hakikat hidup.

    Terpaksa berpura2. Itu terbaik demi menjaga nama baik.

    Alangkah irinya hati ini melihat kebahagian rumahtangga org lain.
    Entah bila sy akan mengecapinya.

    Suatu masa dahulu teringin sgt d hati utk mengecapi kebahagiaan berumahtangga.
    Namun bila dah berumahtangga, rupanya tak semudah yg di sangka.

  8. Hari Raya bakal menjelang. Tika inilah terasa sgt keterasingannya. Bagai tiada sesiapa dlm hidup ini. Melihat ipar-duai & anak2 buah akan hanya menambah sebak. Mereka berpasangan tapi aku sendiri….

  9. assalamualaikum,
    boleh saya bertanya?
    statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara membuktikan, 152,182 anak tak sah taraf telah direkodkan daripada tahun 2008-2011.

    jika begitu, mengapa pihak kerajaan tidak pernah mempertimbangkan bahawa mereka ini seharusnya diberi kebebasan untuk bernikah, jika mereka sudah saling mencintai, daripada membiarkan mereka terjebak dengan aktiviti yang hina ini?

    Firman Allah dalam surah al-israa, ayat 32:

    “Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

    dalam ayat tersebut, Allah melarang kita bukan sahaja melakukan, malah juga MENGHAMPIRI. jadi ini membuktikan apa yang dilakukan kebanyakan pasangan yang bercinta dan berpacaran sekarang ini adalah SALAH.

    malah Prof. Yusof Qaradawi juga mengatakan:
    “saya tidak bersetuju dengan apa yang dilaungkan sesetengah pihak dengan percintaan sebelum perkahwinan. pendapat saya, ia jelas sekali adalah salah dan MENGHAMPIRI zina.”

    bukankah apabila sudah suka, akan ada keinginan untuk bersama? jadi daripada kita membiarkan mereka terus bermaksiat kepada Allah, bukankah lebih baik kita beri mereka kebenaran untuk bersama, jika itu yang mereka inginkan?

    atau sebenarnya pemimpin-pemimpin sedang seronok melihat remaja hari ini yang rosak gara-gara hubungan sebelum pernikahan ini?

    mereka juga pernah melalui zaman remaja, jadi seharusnya mereka memahami perasaan mereka. atau pemimpin ini yang sebenarnya sangat rendah IQ nya untuk memahami perkara ini?

    adakah pemimpin-pemimpin hendak melihat keadaan bila mana pasangan-pasangan tersebut disoal di akhirat, “mengapa kamu masih mendekati zina sedangkan Allah telah melarang kamu?”

    adakah kerajaan mahu mendengar mereka ini menjawab, “Ya Allah, kami sebenarnya sudah ingin menikah, dan ingin berpacaran dengan cara yang halal, tetapi pemimpin dan kerajaan melarang kami. kami tidak mampu berbuat apa-apa.”

    maka pasangan tersebut terselamat, tetapi pemimpin dan kerajaan terpaksa menanggung dosa mereka. itu jika satu pasangan yang berkata sedemikian, cuba bayangkan berapa ramai pasangan yang akan berkata sebegitu?

    jadi kesimpulannya, kenapa kita tidak membiarkan mereka bernikah sahaja, daripada mereka terus bermaksiat?

    tetapi, kalau pemimpin negara sanggup menanggung dosa mereka semua,
    yang mana 234,564 anak tak sah taraf direkodkan daripada tahun 2000-2009,
    dan 152,182 anak tak sah taraf lagi yang direkodkan daripada tahun 2008-2010,
    atau secara mudahnya 773492 orang yang BERZINA,
    silakan. semoga kalian selamat di akhirat kelak.

    itu sahaja, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s