Cinta Suram Hangatkan Kembali

Segelintir pasangan mungkin lupa untuk membangkitkan rasa cinta yang sudah lama pudar apabila sudah bertahun-tahun mendirikan kebahagiaan.

Ada pula pasangan yang sudah lama mendirikan mahligai, tetapi sering tampil seolah-olah baru saja berkahwin.

Menghargai pasangan sama ada isteri atau suami tidak semestinya memerlukan hadiah yang besar untuk menzahirkan kasih sayang. Cukup sekadar kata-kata manis atau sentiasa senyum biarpun diuji dengan kerenah pasangan yang sering membuat anda makan hati.

Cinta

Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan renungan pasangan untuk mengeratkan bahtera perkahwinan. Semoga panduan itu mampu menjadi titik mula yang baru buat anda berdua.

* Duduk bersendirian dan kosongkan fikiran. Cuba kenang semula perasaan pertama dan istimewa yang anda alami ketika awal percintaan dengan pasangan.

Jangan pula terkenangkan bekas kekasih yang sudah tidak memberi sebarang makna. Sekiranya anda masih mengenangnya, bermakna anda cuba mencari masalah.

* Wujudkan perasaan yang sama terutama jika kini anda berada bersama pasangan. Cuba renungkan orang yang sentiasa di hati sehingga si dia rasa pelik dan kurang selesa. Bercakap dengan pasangan dengan penuh romantis dan bisikkan selalu yang anda amat menyenanginya.

Sekiranya pasangan sibuk dan ketika dihubungi dia tidak angkat telefon, tinggalkan pesanan romantik di pesanan suara telefon.

Tidak pun, ambil kertas tulislah sesuatu yang romantik untuknya. Pasti dia akan terkejut dan bangga.

* Carilah masa untuk anda dan pasangan berdua-duaan. Ketika itu jangan bawa anak atau rakan untuk menemani.

Apabila berdua-duaan, ia memudahkan perasaan berkasih sayang antara anda dan pasangan.

Untuk pasangan yang ada anak kecil, jangan jadikan ia sebagai alasan kerana. Minta bantuan pengasuh untuk menjaga anak beberapa jam saja.

Mulakan dengan mengajak pasangan membeli barangan rumah dan laksanakan teknik secara semula jadi. Pasangan anda mungkin tertanya-tanya tetapi apa yang penting, anda berdua bahagia.

* Buat kejutan sekali sekala tetapi jangan buat kejutan negatif yang boleh memudaratkan.

Mungkin anda boleh membeli hadiah kecil tetapi ringkas dan menarik. Jika pasangan tidak tahu menghargai dan masih merungut, biarkan saja dan terus mengkaji isi hati pasangan yang boleh membuatkan dia tersentuh hati dengan penghargaan anda.

Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.

* Latih diri dan perasaan untuk memandang perkara yang baik mengenai pasangan terutama perkara yang membuatkan anda jatuh cinta padanya buat pertama kali dulu.

Sekurang-kurangnya, cari tiga hingga lima perkara baik pasangan. Kemudian, cuba wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang istimewa itu. Itu antara cara yang membuatkan anda dan pasangan sentiasa saling menghargai.

Apabila berbual dengan rakan atau saudara mara, selitkan puji-pujian buat pasangan. Jika ada yang memuji pasangan, anda harus menyokong dan mengakui kebenarannya. Ini membuatkan anda lebih sayangkan pasangan dan menyebabkan orang luar memandang tinggi dengan perhubungan anda.

* Tidur dan bangun pagi antara saat paling bermakna dalam hidup masing-masing apatah lagi mereka yang sudah berumah tangga.

Akhiri hari anda dengan ciuman dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Apabila mula melayari alam rumah tangga, tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata yang menghargai pasangan.

Ramai yang terlepas pandang perkara ini namun cuba amalkan, anda tentu rasa bahagia dan lega.

14 thoughts on “Cinta Suram Hangatkan Kembali

  1. cadangan yg bagus dan elok utk dipraktiskn oleh pasangan suami isteri..tp apapun ia memerlukn kerjasama dan kemahuan dr kedua2 belah pihak. Klau hnya satu pihak sj yg beria2 utk menghangatkn hubungan tp yg satu lg tdk..x berguna jugak..klau si isteri bru nk peluk si suami..tp ditepis dgn alasan panas..keciklaa hati si isteri..klau si suami bru nk belai2 si isteri..tp ditempelak buang tebiat..keciklaa hati si suami…yg sebenarnye suami yg patut mainkn peranan dlm menghangatkn hubungan. Masalahnye kebanyakan suami mula berubah hati dan nmpk wanita lain selepas beberapa taun bkahwin atau sebaik si isteri melahirkn…para suami sepatutnye membuka hati dan minda dan sedar..cinta dan kasih syg bknnye berlandaskn rupa, bntuk fizikal dan nafsu semata2…tp ade yg lebih penting dr itu sume..cariklaa ia dgn akal dan mata hati..insyaallah..akn beroleh kebahgiaan rmhtangga yg hakiki..wassalam

  2. Tips yang menarik. Cuba dipraktikkan. Tapi biasa lah, bila anak dan dua dan rapat2 pulak tu agak susah untuk dipraktikkan. Anak pulak antar taska, sabtu/ahad memang cuba cari waktu terluang (time anak dah tido..hehehe…)cakap pun pelan2..hahaha…

  3. kawan saya ckp…
    nengok mak orang..ingat mak kita
    nengok anak orang..ingat anak kita
    eh..eh..nengok bini orang..lupa bini kita

      • iyer ker kak pah??..dah lumrah kehidupan bagi sesetengah para suami kot..aper2 pun ia nyer tetap is3 org kn…hanya bole pandang2..jgn pegang2..duduk renggang2..jgn diikut godaan syaitan..

      • mmg tak blh buat ape2 pd is3 org….tp klu is3 org tu layan..cukuplah si suami dpt calling2…sms…say luv u and miss u…kata org mcm lepas gian…is3 org tu plak nak test power..blh laku lg ke tak..dgn is3 sndri dah xde feel kut..dunia skrg mcm2 blh jd…kan

  4. salam semua…Luqman Herbs Centre akan menganjurkan SEMINAR KURSUS PENJAGAAN DAN PEMULIHAN TENAGA BATIN LELAKI pada 21 Mei 2011. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan google
    http://www.luqmanherbscentre.com. Terima kasih.

  5. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
    fikirkan tentang seseorg yg memohon kpd tuhan utk
    diberikan teman hidup ….

  6. betul…..saya praktikan seperti mana yg ditulis di atas….
    saya dah berkahwin 13 tahun…saya perasaan saya terhadap isteri saya masih lagi macam pertama kali saya jatuh cinta dgn dia…hehheh
    perkahwinan mmg ada pasang surut….yg penting diri sendiri….
    malam sebelum tido cium (mulut) isteri, just say good nite, hantar keje salam dan cium (mulut) saya x malu, sbb isteri saya…sebulan sekali carik masa gi dating biasa nya dinner date……
    alhamdullilah, semua hape hingga kini dan berharap akan berkekalan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s