Carilah Cinta Yang Hilang

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita temui semula cinta itu di tempat, pada suasana dan pada masa ketika kita mula-mula menemuinya dulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah?

“Kembalilah ke sana. Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap dunia tanpa cinta. Renungilah mata isteri atau suamimu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau sudah tiada? Dan kemudian genggam erat tangannya. Marilah kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama.” Begitulah petikan bahasa cinta daripada karangan ustaz Pahrol Mohamad Juoi berjudul Cinta Yang Hilang…

Meskipun barangkali mudah untuk berkata-kata bagi memujuk hati insan yang lara, hanya mereka yang melalui alam rumah tangga tahu pahit manis hidup bersuami isteri.

Apapun, ungkapan cinta curahan rasa ustaz Pahrol itu boleh direnung dan difikirkan. Hati yang tidak memiliki cinta akan layu dan mati. Pun begitu, sukarnya untuk mencari cinta sejati yang boleh dibawa sehingga ke mati.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

2 thoughts on “Carilah Cinta Yang Hilang

  1. cinta ku yang satu itu tidak ilang…hanya bertambah lagi untuk si dia pula….. dari jauh ku titipkan doa buat mu…

  2. herm…

    tahniah suzie…

    sy suka perkataan ‘cinta’ tapi belum pernah alami secara serius walau dah 32 tahun hidup…

    pada sy bila bercinta, bukan sekadar suka2 tp dengan tujuan dan harapan kepada Yang Satu.. agar selesaikan kisah cinta saya ke jinjang pelamin..

    tapi kaum adam hari ni, lebih suka cinta main2.. dan bukan serius..

    sy pulak, tak reti mencari cinta… so macam mana nak mencarinya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s