Onani punca gemuk?

Saya suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?

Onani

————————-

Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.

Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita mencapai orgasma.

ARKIB UTUSAN: 03/07/2011

12 thoughts on “Onani punca gemuk?

    • Ramai yang mengatakan tak boleh, tapi saya belum jumpa mana-mana bukti kukuh dari Quran atau hadith sahih yang jelas melarang onani di kalangan wanita.

      Dalam pada itu, kajian barat menunjukkan beberapa kebaikan onani bagi wanita, asal tidak dilakukan berlebihan. Diantaranya ialah yang berikut (saya “cut and paste” ) :

      1. Masturbation helps prevent cervical infections and helps relieve urinary tract infections.

      2. Masturbation is associated with improved cardiovascular health and lower risk of type-2 diabetes.

      3. Masturbation can help work against insomnia naturally, through hormonal and tension release.

      4. Orgasm increases pelvic floor strength.

      Rujukan tentang kebaikan onani di kalangan wanita boleh didapati di sini: http://www.womentowomen.com/sexualityandfertility/masturbation-references.aspx

      Satu perkara lagi: Bila keinginan nafsu mula meningkat, onani boleh mengurangkannya.Dengan itu, onani boleh menghindarkan zina.

      Jadi, mana-mana wanita yang melakukan onani tak perlu rasa bersalah……

      • ridzwan..
        betul ker tak bersalah..tapi saya rasa amat berdosa bila melakukannya..adakala tak dpt nak menghindarinya…saya selalu mohon ampun pada Allah..rasa menyesal…pas tu buat lagi..walaupun tak selalu…kalau boleh nak buang terus tabiat itu..

      • ada jugak dengar tak dosa, tapi bila dah berkhayal melakukan sexual kan berdosa tu..bagaimana pula?

  1. stlah brbuat sya mrsa brdosa,, tp keadaan jualah yg memaksa sya utk brbuat …. Bgmana sya mau melupakan smntara sya butuh ..

    • dlm smnggu sy buat tu dlm 3 4 kali,sy bmbang kalau2 tabiat ni bleh effect dara,mksudnye koyak dara.,sy dah cbe nk tnggalkn tabiat ni,tp xbleh,,adakah tabiat sy ni akn koyakkan dara??help me,plis reply kalau tahu ,kalau ade smber sahih,tlng link kn kt cni,,tq

  2. dlm smnggu sy buat tu dlm 3 4 kali,sy bmbang kalau2 tabiat ni bleh effect dara,mksudnye koyak dara.,sy dah cbe nk tnggalkn tabiat ni,tp xbleh,,adakah tabiat sy ni akn koyakkan dara???help me,plis reply kalau tahu ,kalau ade smber sahih,tlng link kn kt cni,,tq

    • saudari still dara walau kerap melakukan..melakukan seks dan onani dua perkalara yg berbeza..pecah dara hanya istilah setelah melalkukan hubungan seks..ada yg wanita atau gadis mempunyai bentuk dan ketebal dara yg berbeza..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s