Suami kalah judi pukul isteri

Baru sembilan bulan mengecap nikmat alam perkahwinan namun seorang wanita menganggap dirinya berada dalam neraka dunia kerana bukan sekadar dikurung, malah hanya disajikan biskut kering, roti dan air kosong, manakala tubuhnya teruk dibelasah dengan wayar elektrik oleh suaminya.

Ketika mendedahkan perkara itu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Wati, 26, berkata, dia turut diugut dilacurkan suaminya yang juga kaki judi tegar tidak lama selepas mereka bernikah, September tahun lalu.

“Sepanjang berkahwin, saya sentiasa dikurung dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga termasuk ibu. Setiap kali suami kalah berjudi, saya perlu ‘menyerahkan’ badan untuk didera atau dilibas dengan wayar elektrik.

“Saya meraung dan menangis sekuat hati kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat libasan itu, tetapi suami semakin menggila, seluruh badan hinggakan paha, mata, betis cedera. Itulah azab yang saya lalui selama ini,” katanya, semalam.

Menurut Wati, kali terakhir dia menjadi mangsa belasahan suaminya yang dikenali sebagai Shahrul, 38, pada awal Jun lalu ketika berada di rumah sewa mereka di Segambut, Kuala Lumpur.

Katanya, pada petang itu, suami pulang dalam keadaan bingung akibat kalah judi dan Wati menegur tabiat buruk lelaki terbabit selain memintanya berubah.

“Namun, suami membelasah dan mendera saya menggunakan wayar elektrik. Selepas puas membelasah saya, dia ke bilik air untuk mandi.

“Berikutan tidak tahan didera, saya nekad lari lalu keluar sehelai sepinggang dari rumah dan menyembunyikan kunci kediaman, sebelum terus ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan polis.

“Sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat di balai berbeza berkaitan insiden itu,” katanya.

Menurut Wati, dia melarikan diri bersama ibunya ke beberapa lokasi berbeza, namun berjaya dijejaki lelaki terbabit yang berang dengan tindakannya itu.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaannya turut disebarkan suami kepada kenalannya serta mendakwa dia (Wati) curang dan lari mengikut lelaki lain.

“Saya dan ibu kini hidup dalam ketakutan dan suami tidak putus-putus menghantar SMS berbaur ancaman.

“Saya hilang arah tuju dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini, saya tidak dapat bekerja bagi menampung kehidupan memandangkan kami terpaksa berpindah-randah untuk mengelak ancaman suami,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi semalam mengesahkan laporan yang dibuat mangsa.

3 thoughts on “Suami kalah judi pukul isteri

  1. salam wati sabar ya menghadapi dugaan dari tuhan, saya pun pnah alami perkara yg sama cuma saya bernasib baik suami bukan jenis mudah naik tangan. Alhamdulillah akhirnya berubah jugak perlahan2 tetapi kalu lelaki yang suka naik tangan ni pasti akan jadi hobi pada masa akan dtg. u cuba lah buat cari rezeki dari rumah tanpa terlalu menonjolkan diri u dan ibu u.bersusah2 dulu pasti akan ada kebahagian akan dtg cuma banyak berdoa kepada tuhan mintak di beri kekuatan Amin.

  2. “Mangsa keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri manakala suspek mengekori dari belakang. “Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui terbaring di belakang kereta berikutan kecederaan yang dialami. “Kami turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek di kawasan sawah berhampiran tempat kejadian,†katanya sambil menyatakan polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.

  3. salam wati, harap banyak kan bersabar, mungkin pd mse ni, xda sape yg dpt tolong ( termasuk polis ), tp Allah sentiasa ada utk tolong hamba nya bila kite mintak pertolongan-Nya. banyak kan solat sunat & amal kan doa.. cbe amalkan ayat2 ini, mungkin suami wati akan berubah mcm suami nita… InsyaAllah..

    http://munib.jomniaga.com/go/mizpirana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s