Keistimewaan pokok pine

Keistimewaan pokok pine

Pokok pine bukan sekadar dijadikan hiasan semata-mata terutama menjelang musim perayaan, tetapi juga mempunyai khasiat tersembunyi. Malah, sejak lama dulu, pokok pine memainkan peranan besar sebagai antara sumber dalam dunia perubatan.

Jika dilihat, penggunaan pokok pine ketika perayaan Krismas yang menjadi satu tradisi sebenarnya mempunyai simbolik tersendiri iaitu sebagai penghalang jangkitan kuman dan bakteria di udara yang menyebabkan selesema ketika musim sejuk.

Lebih 80 tahun penyelidikan mengenai pokok berkenaan dijalankan, saintis dan pengamal perubatan tradisional mula memahami keajaiban pokok pine terutama pada bahagian daunnya yang berbentuk jarum.

Bioeffective A adalah produk kesihatan yang diekstrak daripada pokok pine yang mampu hidup dalam apa juga cuaca malah antibakteria dan antivirus yang terdapat dalam pokok pine membantu melindungi proses penyembuhan jangkitan.

Selain itu, ia juga boleh menghalang masalah ulser perut atau penyembuh gastrointestinal dan digunakan sebagai ejen penyahtoksid iaitu membantu mengeluarkan toksin dari darah dan hati.

Bioeffective A

Pada 1930-an, saintis Russia melihat pokok pine adalah tumbuhan malar hijau yang sentiasa segar walaupun berada dalam cuaca paling sejuk. Menerusi kajian ke atas pokok berkenaan, mereka menemui cecair dalam jarum konifer pine (pine conifer needles) yang membolehkan badan seseorang itu sentiasa sihat.

Apabila ahli sains berkenaan mengekstrak `unsur-unsur hidup’ yang terdapat dalam jarum konifer pine dan dikaji, hasilnya sama dengan `unsurunsur hidup’ yang terdapat dalam badan manusia. Bukan saja mudah diserap malah boleh diguna oleh manusia dan selamat dimakan.

Ancaman kesihatan yang kian melanda dunia hari ini adalah cabaran untuk semua pakar perubatan meredakan jangkitan virus mahupun bakteria dan untuk melawan penyakit berjangkit itu, kebanyakan doktor menggunakan antibiotik dan antijangkitan untuk mengawalnya.

Namun, ia tidak mungkin berkekalan kerana jangkitan itu pasti datang dan dengan lahirnya Bioeffective A, ia berpotensi merevolusikan cara mengawal dan melawan penyakit dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

Jangkitan Menerusi Pernafasan

Batuk dan selsema mungkin dianggap penyakit biasa yang sering dihidapi sesiapa saja. Bagaimanapun, sekiranya penyakit selsema itu dibiarkan tanpa sebarang rawatan perubatan, ia boleh menjadi parah. Apatah lagi jangkitan virus dan bakteria boleh berjangkit kepada sesiapa saja yang menghampiri penghidap.

Dalam kajian di St Olga Municipal Paediatric Hospital, memberi Bioeffective A kepada pesakit yang menghidapi jangkitan batuk kering atau tuberkulosis (Tibi) menunjukkan kesan positif yang mana pesakit Tibi berkenaan mampu meningkatkan semula daya tahan terhadap Mycobacterium Tibi lantas mengawalnya sekali gus dapat menyekat penyakit itu berjangkit kepada orang lain.

Gastritis, H.pylori dan Ulser Perut

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 50 peratus penduduk dunia sentiasa dijangkiti H.pylori iaitu bakteria yang dikenali sebagai musuh utama yang boleh menyebabkan kanser perut. Daripada mereka yang dijangkiti, hanya 20 peratus saja yang mengalami gejala gastritis.

Penghapusan bakteria dapat dilakukan dengan penggunaan Bioeffective A yang diambil sebagai makanan tambahan untuk pesakit H.pylori. Ia dapat meningkatkan fungsi perut dan juga mengurangkan lesi prakanser.

Penyakit hati dan Hepatitis

Melalui satu kajian dijalankan di Kazan Republican Infectious Diseases Hospital, penggunaan Bioeffective A sebagai rawatan tambahan untuk membantu pesakit hepatitis kronik untuk pulih lebih cepat adalah memuaskan malah penggunaan Bioeffective itu turut mengurangkan kesan sampingan yang diterima pesakit akibat menjalani proses terapi.

Penyelidikan berterusan

Menerusi kajian berpanjangan, Bioeffective A sentiasa menjadi pilihan pertama pesakit yang memerlukannya terutama mereka yang menghidapi kanser perut. Ia adalah antara produk yang memberi manfaat kepada kesihatan setiap individu yang kini mula menular hampir di seluruh dunia.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh NuvaPine A. Untuk maklumat lanjut, hubungi Infoline 03-5569 4337.

One thought on “Keistimewaan pokok pine

  1. Saya sejak akhir ini sering pedih pd bahagian perut dan bila saya makan lg pedih.
    Kemudian kawan saya cadangkan mkn. nuvapine A. Nak tanya cara yg lebih berkesan utk memknnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s