Suami gagal di malam pertama

Kisah Dari Mahkamah Syariah

Kes 1

Mahkamah Rendah Syariah
Wilayah Persekutuan

Seorang suami mengaku di Mahkamah Rendah Syariah di sini bahawa beliau tidak pernah bersetubuh dengan isterinya sepanjang sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Menurut Zaifuddin Zakaria, beliau telah cuba melaksanakan tanggungjawab ‘malam pertama’ terhadap isterinya, Sharifah Safiah Syed Ibrahim tetapi gagal.

“Yang Arif, saya tak mampu (melakukan hubungan kelamin dengan isteri) kerana saya tidak ada perasaan terhadapnya,” katanya.

Plaintif, 37, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes permohonan cerai terhadap isterinya, Sharifah Safiah, 31.

Beliau hanya bersama isterinya pada malam pernikahan dan kemudian meninggalkan defendan hingga ke hari ini.

Sharifah Safiah hadir di mahkamah dengan diwakili Peguam Syarie Husin Ali.

Perbicaraan dikendalikan Hakim Syarie Mohd. Tawadzo Abbas.

Hakim: Kenapa kamu mahu bercerai?

Zaifuddin: Yang Arif, di antara kami tiada persefahaman. Itu saja.

Hakim: Alasan itu terlalu umum. Takkanlah sebab tak ada persefahaman
sampai nak bercerai?

Zaifuddin: Saya tidak dapat meneruskan hidup dengan dia (Sharifah Safiah).

Hakim: Kenapa?

Zaifuddin: Saya tidak mampu untuk beri kebahagiaan kepada dia.

Hakim: Yalah. Kebahagiaan itu luas maksudnya.

Zaifuddin: Saya tidak mampu bina kehidupan bersamanya.

Hakim: Mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan cerai kalau alasan yang dikemukakan tidak kukuh. Kebahagiaan yang kamu maksudkan dari segi zahir ke batin?

Zaifuddin: (diam)

Bagaimanapun, selepas ditegur oleh hakim, plaintif mengakui bahawa beliau tidak punya apa-apa perasaan terhadap isterinya, Sharifah Safiah yang merupakan gadis pilihan ibunya sendiri.

Hakim: Ada berlaku persetubuhan pada malam pertama?

Zaifuddin: (Dalam nada yang tersekat-sekat) Pada malam pertama, saya cuba bersama (isteri). Bagaimanapun, perasaan (berahi) saya terhadapnya tiada. Saya cuba melakukan (hubungan kelamin), tetapi tidak boleh.

Sementara itu, Husin berkata, plaintif hanya bersama defendan pada malam bernikah.

“Esoknya, plaintif meninggalkan defendan dan mereka tidak pernah bersama,” katanya.

Husin berkata, Zaifuddin juga mengaku bahawa beliau memang tiada perasaan kasih sayang atau cinta terhadap isterinya.

Malah, plaintif juga mendakwa bahawa beliau berkahwin kerana desakan keluarga.

Sementara itu, defendan dalam keterangannya berkata, plaintif bukan sahaja gagal memberinya nafkah batin tetapi juga nafkah zahir.

“Dia (suami) tidak pernah menunjukkan kasih sayang sebagai suami dan tidak pernah beri saya nafkah,” katanya.

Hakim Mohd. Tawadzo kemudiannya menetapkan tarikh untuk membenarkan plaintif melafazkan cerai berikutan defendan dalam keadaan tidak suci.

10 thoughts on “Suami gagal di malam pertama

  1. kawien monyet..bertepok sebelah tangan..nasib baek to jadi isteri aku pinya ..anoak olang punyo..wallauallam

  2. poning den..taok suko buek apo beli..kan baju..yg tak nak pakei..seksa diri dan insan..bangang …hakim bangang..orang dooh tok suko..nafkah batin zahir toak kasie..dooh leh..pisah kein..nook tanggoh apo lagie..kalo buek maso penungguan itu ..depa berzina dgei lain2 partner macei mano? kou tanggong lah tuan hakim..lelaki kalo dooh toak sukoo..brother dio susoh nok bagun..

  3. Itu laa kalau nak cari pasangan cari lah yg suka sama suka ..mengerudi siok siok bang dalam bang ah doi…. dulu ….baru kawin…pasti implikasi sebalik nya jadi macam ini lah…cari yg suko sama suka…. main lepas berkawin….dah pasti bergembira bersama ke ahkir zaman….melainkan lucifer mengangui…

    Di atas tu mungkin si lelaki meluat sangat akan tindak tanduk perilaku si perempuan itu……menyakiti hati kalbu nya…menyebakan perasaan kasih sayang hilang sama sekali …kesedihan jua di sebalik nya…

  4. ape pulak ta’ de..zamein u all …macein macein ape ke bondo to’ masuuk fikirein dooh puin menjelma.selalu…olang lama pakei 1 kereto sampei ko ..walao puin keadain … dooh merangkak di simpan jagao dengei rapie..kenangei antik..sekarang blum season dooh noak tukaq baru..walao badei toak berkemampuian.atukk tak nak..memanjang lenour..kes baginie di sobabkein..binie ek ke ek ek..rasao megah taik kucin..maaf zahir batin

    • binie macei nie kalo ado…pakei puas bior ‘screw’ dooh longgar..kasie dio gie…biase lah bilo ado hargo..dirie ..meninggie …tapie bilo ditimpa musibah dalei apo keadaien juao .baru noak taoubat insaf…..kadangkalo pihak lelaki punyao angkarao..menyobabkein terjadian..keadaaie beginie..maaf…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s