Ketumbuhan kutil berjangkit melalui seks

Ketumbuhan kutil…berjangkit melalui seks

Namun tidak ramai menyedari penyakit yang turut dikaitkan dengan perhubungan seks ialah kutil alat kelamin.

Penyakit yang dikenali dalam istilah perubatan sebagai condyloma acuminata bukan sahaja menjejaskan daya seksual lelaki dan wanita yang aktif pada semua peringkat usia, bangsa dan kelas sosial di seluruh dunia. Ia juga dikaitkan dengan gangguan emosi.

Mereka yang dijangkiti penyakit ini lebih cenderung menjadi murung dan rendah diri serta kurang berminat terhadap hubungan seks.

Lebih membimbangkan, jika tidak diberi rawatan sewajarnya, risiko mendapat kanser pangkal rahim di kalangan wanita, manakala lelaki akan menghidap barah prostat adalah tinggi.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Universiti Arizona, Amerika Syarikat, Profesor Dr. Ken D. Hatch, ketika memberi penjelasan berhubung topik tersebut pada sidang media di ibu negara baru-baru ini berkata, kutil alat kelamin boleh tumbuh sama ada di luar atau bahagian dalam tubuh.

Menurut beliau, ketumbuhan pada bahagian luar alat kelamin mudah dikenal pasti dan kebiasaannya ia tumbuh seperti ketumbuhan atau benjolan pada vulva (bibir faraj) di dalam dan di sekitar faraj atau dubur.

Bagi lelaki ia tumbuh pada zakar, kerandut zakar, ari-ari atau peha.

Keadaan kutil berkenaan mungkin berbentuk benjol atau rata, tunggal atau banyak dan pelbagai saiz. Ada kalanya, ia berkumpul dan berbentuk seperti bunga kobis.

Simptom dan penyebab penyakit ini, menurut Profesor Dr. Ken, boleh dikaitkan dengan jangkitan sejenis virus yang dinamakan human papillomavirus (HPV).

HPV, katanya adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan lebih 70 jenis virus yang berkait rapat tapi hanya dua daripada virus-virus itu, iaitu HPV6 dan HPV11 diketahui penyebab penyakit ini.

“Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang dijangkiti HPV ini menghadapi masalah ketumbuhan kutil alat kelamin.

“Malah ramai yang tidak mengetahui langsung mereka mempunyai jangkitan tersebut,” katanya.

Jangkitan HPV boleh berlaku terhadap lelaki dan wanita yang masih aktif mengadakan hubungan seks.

Penyakit tersebut tersebar melalui sentuhan langsung dari kulit ke kulit ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut.

Selain itu jangkitan penyakit ini turut dikaitkan dengan perkongsian barangan penjagaan kulit, alat-alat yang diperbuat daripada logam seperti nikel pada tali jam dan duit syiling, aluminium di dalam teko atau kuali.

“Kutil tersebut biasanya akan timbul dalam tempoh sekurang-kurangnya, tiga minggu selepas mengadakan hubungan kelamin dengan seseorang yang telah dijangkiti penyakit ini.

“Oleh kerana tempoh ‘menetas’ agak panjang, kutil berkemungkinan timbul hanya dalam beberapa bulan atau tahun atau ada yang tidak timbul langsung,” katanya.

Profesor Dr. Ken juga berkata, selain berasa gatal, seseorang yang dijangkiti penyakit itu juga berasa panas, perit dan seperti terbakar di bahagian kutil tersebut.

Pakar Dermatologi dan Ubatan Dalaman, dari Universiti Miami, Profesor Dr. Brian Berman pula menjelaskan mengenai cara mengesan penyakit tersebut dan rawatan-rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit.

Menurut beliau, mengesan kutil alat kelamin dalaman agak sukar dilakukan kerana ia mungkin terletak dalam saluran kencing atau faraj atau dalam dubur.

Di samping itu katanya, penyakit ini sering mengikut warna kulit dan tidak menyakitkan.

“Bagi mereka yang mendapati terdapat walau sedikit kelainan kepada mana-mana bahagian kulit, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebarang penyakit yang mungkin dijangkiti,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pilihan rawatan masalah kutil alat kelamin yang ada sekarang kebanyakannya ditumpukan kepada tujuan untuk menghilangkan kutil yang ketara dan bukan terus kepada penyebabnya.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit kata Dr. Brian, adalah berbeza mengikut saiz, lokasi dan bilangan kutil serta jantina.

Antara jenis rawatan yang dicadangkan ialah membekukan kutil tersebut atau dikenali sebagai Cryotherapy, yang dianggap antara rawatan yang berkesan.

Selain itu kaedah podophyllin iaitu menggunakan sejenis tumbuhan yang boleh memusnahkan tisu di tempat yang dijangkiti di permukaan kulit.

Rawatan lain ialah sapuan sejenis kimia di permukaan kutil yang dikenali sebagai Asid Trichloracetic (TCA) bagi menyembuhkan penyakit ini.

“Doktor juga mungkin mencadangkan rawatan Electrocautery bertujuan menghapuskan tisu yang dijangkiti, menggunakan laser terapi atau pembedahan,” ujarnya.

Menyuntik ubat terus kepada kutil yang dinamakan Interferon juga turut digunakan untuk merawat penyakit ini.

Turut dicadangkan ialah sejenis krim yang dinamakan krim Imiquimod yang boleh dibeli di kebanyakan farmasi yang dikenali sebagai pemulih tindak balas daya tahan atau immune respone modifiers.

“Krim ini adalah kaedah rawatan alternatif terbaik berbanding terapi pemusnahan tisu kerana ia lebih selamat, berkesan dan mudah digunakan,” jelasnya.

Dr. Brian berkata, antara cara-cara bagi mengurangkan risiko jangkitan pemindahan penyakit tersebut melalui hubungan seks termasuk penyakit kutil alat kelamin ialah mengamalkan hubungan seks yang selamat dan menggunakan kondom.

Penggunaan kondom secara tidak langsung memberi sebahagian perlindungan jika ia menutup bahagian yang terkena jangkitan HPV.

“Apa yang lebih penting, seseorang itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terutama bagi wanita iaitu dengan menjalani pemeriksaan pap smear bertujuan mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin.

“Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan kanser rahim,” tegas Dr. Brian.

13 thoughts on “Ketumbuhan kutil berjangkit melalui seks

  1. Saya pernah ada kutil di bibir kemaluan sy. Tapi saya ada sapu ubat n dia tertanggal. Skrg sy punya keputihan keluar ketul2. Sy punya kemaluan ada sesekali rasa gatal n masa buang air sy tak rasa perit. Suami sy ada ramai isteri. Adakah ini smua jangkitan dari suami saya??? T.ksh.

    • Masalah kutil yg puan hidapi mungkin tidak membahayakan sekiranya terus hilang dan tidak berterusan. kutil, kulit menjadi panas,…seakan2 membakar. Puan lebih kepada masalah keputihan. Keputihan biasanya terjadi kepada perempuan yang akil baligh,..tidak semestinya sudah melakukan hubungan sex. Kutil mudah dipindahkan dari perempuan kepada lelaki.Jika suami puan selalu menjaga kebersihan anggota kelamin, puan tidak perlu risau dengan masalah tersebut.

  2. Sya nak tanya,saya mndapati ada ketulan biji bahgian dubur saya dan di bahagian alat kelamin saya tapi sya tidak merasa sakit . adakala saya merasa ketulan itu semakin besar . Adakah sya menghidap penyakit HBV ?

  3. saya b’umur 23thun baru kawen sbln yg lalu,baru2 ney terdapat kutil yg bnyak tetapi kecil dan bntuk pnjang2 di luar faraj dan tidak sakit…nk tnya adakah mslah saya srius yg ley akibat knser rahim dan ada kmgkinan kutil tmbuh didalam faraj?prlu kah saya ambil suntikan HPV..?dan apa ubat bg hilangkn kutil yg ada pd luar faraj?

  4. sy ingin bertanya pada batang zakar saya trdapat beberapa biji seperti ketuat , adakah ia sejenis penyakit yang memudaratkan diri saya dan apakah jenis penyakit itu..

  5. Sy ada kutil di buah zakar dan juga di batang zakar…di celah kelengkang juga ada kutil…biasanya gatal2…cream apa yg sesuai utk sy guna utk hilangkan kutil tersebut…ini kerana doktor ada memberitahu bahawa sy perlu buat laser utk membuang kutil tersebut tetapi harganya mmg mahal…skrg ni ada sesape yg bole bantu cream ape yg sesuai dan di mana sy bole dptkn cream tersebut

  6. sejarah pahit dan kesalah yg sy buat dulu telah menyebabkan saya mandapati kutil kelamin di zakar saya pada awal tahun 2016.. saya telah ke hospital dan disahkan menhidap kutil kelamin.. doctor telah memberi ubat sapu Podophyllin , akan tetapi setelah pakai ubat itu… sakit seakan membakar, sukar untuk jalan. lepas beberapan minggu baru sembuh… tetapi selepas 3 bulan ketuat itu naik lg.. so saya pun da putus harapan… sy takut nak guna ubat tu lagi.. sy siap suruh kawan sy beli ubat aldara di thailand.. macam agak susah so sy buat research dan sy guna apple cider viniger, agak pedih masa 1st sy sapu tu.. tp sy sapu hari2 dan nampak kesan selepas 1 bulan.ketuat mula kecut dan lekang, akan naik kulit baru selepas itu.. Caranya, sy celupkan kapas pada apple cider viniger tu dan sapukan pada ketuat di zakar saya.. biar kering sekejap then saya pakai seluar dalam yg longgar… pulang dari kerja sy akan pakai lg apple cider viniger sebelum tidur dan pakai kain pelekat saja. alhamdulilah sampai sekarang 2017 ni xada naik lagi ketuat tu.Dan sy mkn vitamin C hari2 2000mg pagi dan mlm.. dan buat senaman sekerap mungkin.. setakat yg sy buat ni alhamdulilah berkesan bagi say.. harap dapat memberi clue kepada siapa yg ada masalah spt sy..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s