Undang-undang Curang dimansuhkan di Korea Selatan

Undang-undang Curang dimansuhkan di Korea Selatan

Mahkamah Persekutuan Korea hari ini memansuhkan undang-undang kecurangan atau perlakuan seks selain dengan pasangan yang dikahwini setelah 60 tahun ia diguna pakai untuk memelihara nilai-nilai tradisi murni dalam institusi kekeluargaan di Korea Selatan.

Undang-undang tersebut selama ini menganggap perbuatan melakukan hubungan seks selain daripada pasangan yang dikahwini sebagai satu kesalahan jenayah dan pelakunya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Panel sembilan hakim telah mencapai keputusan itu selepas tujuh daripada mereka merasakan bahawa undang-undang tersebut tidak mengikut perlembagaan.

“Walaupun perlakuan curang itu harus dikecam sebagai perbuatan tidak bermoral, kuasa peringkat persekutuan tidak harus campur tangan dalam kehidupan peribadi seseorang individu,” kata Hakim Park Han-Chul.

Keputusan mahkamah itu telah menyaksikan saham firma Unidus Corp., iaitu salah sebuah syarikat pengeluar kondom, melonjak 15 peratus dalam sehari di bursa saham tempatan.

Keputusan mahkamah itu merupakan pertimbangan kali kelima mengenai kesahihan undang-undang tersebut. Sepanjang ia dilaksanakan, Korea Selatan merupakan salah satu daripada sedikit negara-negara bukan Islam yang menyifatkan kecurangan perkahwinan sebagai perbuatan jenayah.

Dalam tempoh enam tahun lalu, hampir 5,500 orang telah didakwa atas kesalahan berlaku curang kepada pasangan mereka. Pada tahun 2014 sahaja, 900 orang telah didakwa.

“Penerimaan umum mengenai hak-hak individu dalam hal berkaitan seks telah berubah,” kata Han-Chul.
Sementara itu, ketika membaca pendapat yang berlawanan, Hakim Ahn Chang-Ho bertegas agar undang-undang yang dikuatkuasa pada tahun 1953 itu sebagai pelindung utama moral keluarga.

Dia juga memberi amaran bahawa pemansuhannya akan mencetuskan gelombang songsang dalam tatacara hidup masyarakat.
~ Awani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s