Restoran Bunga Serai saji tom yam kelapa

Kalau melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun pada waktu petang atau malam dan tiba-tiba perut ‘berkeroncong’, jangan risau kerana terdapat banyak warung dan gerai makan atau restoran di sepanjang kawasan berkenaan yang menawarkan aneka hidangan.

Restoran Bunga Serai

Tom Yam Kelapa

Antaranya, Restoran Bunga Serai yang terletak di tepi lebuh raya tersebut dari arah Changlun ke Kuala Perlis berhampiran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

Bagi pengguna dari arah Kuala Perlis ke Changlun pula, jangan risau kerana mereka boleh membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat persimpangan ke PTSS dan jaraknya ke Restoran Bunga Serai cuma kira-kira 50 meter.

Di restoran tersebut, terdapat menu yang memaparkan pelbagai sajian makanan dan minuman yang pastinya tidak akan mengecewakan pelanggan.

Makanan paling istimewa di Restoran Bunga Serai yang seringkali menjadi pilihan pelanggan adalah tom yam kelapa.

Tom yam disediakan di dalam kelapa muda yang diletakkan di dalamnya udang galah itu cukup menarik. Ini kerana bukan rasanya sahaja sedap, malah harga makanan tersebut juga berpatutan.

Menurut pemilik restoran tersebut, Nadiyah Mohamad, tom yam kelapa muda merupakan menu istimewa yang menjadi kegemaran pelanggan termasuk dari luar Perlis.

“Ia (tom yam kelapa) cuma berharga RM15 untuk kelapa saiz biasa dan RM18 yang bersaiz besar. Tom yam ini cukup sesuai sama ada dimakan dengan nasi atau begitu sahaja bagi sesetengah orang,” katanya ketika ditemui S2 di restorannya baru-baru ini.

Selain itu, ujar Nadiyah, restoran tersebut juga menyediakan lain-lain masakan yang boleh dinikmati semua peringkat usia yang berharga daripada RM2.50 hingga RM35, manakala minuman serendah RM1 hingga RM2.50.

Katanya, lain-lain makanan yang turut menarik pelanggan untuk singgah makan di Restoran Bunga Serai adalah pelbagai jenis sup termasuk sup ekor lembu asli, masakan ikan seperti tiga rasa dan stim.

Terdapat juga pelbagai jenis sayur serta beraneka kerabu seperti yang paling istimewa, kerabu kaki ayam.

Bagaimanapun, katanya, bagi yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, Restoran Bunga Serai menawarkan set serendah RM38 hingga RM195.

“Pakej untuk setiap set adalah berbeza. Ada kombinasi nasi putih dengan tom yam, nasi putih dengan siakap stim atau tiga rasa, sup ekor, sayur campur dan sebagainya mengikut set yang ditempah.

“Bagi set RM38 misalnya, ia untuk dua orang makan, manakala set RM195 bagi kumpulan seramai sembilan hingga 11 orang,” katanya.

Lebih menarik, katanya, Restoran Bunga Serai turut menawarkan pakej set pelajar pada kadar harga RM18.

“Namun bagi pakej ini, pelajar perlulah dalam jumlah 10 orang ke atas,” jelas Nadiyah.

Di samping itu, Restoran Bunga Serai menyajikan masakan daripada mentarang mengikut cita rasa pelanggan tetapi bergantung kepada bekalan kerana ada ketika, ia susah untuk diperoleh.

Katanya, restoran tersebut dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 malam setiap hari.

“Tiada cuti, sekiranya hendak bercuti, notis akan diletakkan di restoran ini bagi memudahkan pelanggan,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s