Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit – Dr Norhisham

Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan ‘Gelombang dan Warna’ (Colour Vibration Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda.

Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.

Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

“Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya” kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.

“Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya” katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

Tubuh sihat dengan melakukan seks.
Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. “Dalam badan kita terdapat bermacam ‘racun’ yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang ‘dibuang’ itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa” tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.

Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.


Rahsia Pikat Nafsu Suami. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Tambat Nafsu Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Cepat Membaca. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Mudah Hamil. Nak tau, sila klik sini