Tips Buat Suami Agar Isteri Kembali Ghairah

Gambaran isteri yang sedang ghairah, seronok dan panas di ranjang adalah dambaan setiap suami. Hubungan intim dalam situasi beginilah yang mendatangkan nikmat sensasi sebenar buat suami. Namun hakikatnya tidak semua suami akan mendapat reaksi sedemikian daripada isteri mereka.

Ada di kalangan suami dihadapkan dengan isteri yang hambar ketika berhubungan seks dan tidak kurang juga enggan bersama kerana kepenatan. Memang mengecewakan. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan isteri kembali ghairah di ranjang dan mendapat kepuasan seks yang diinginkan?

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa ‘dekatnya’ suami terhadap isteri adalah faktor yang mampu menbuatkan isteri semakin ghairah dan berahi terhadap seks. Maksudnya semakin erat dan dekat hubungan suami dengan isteri maka semakin ghairahlah isteri terhadap seks. Sebaliknya jika hubungan dengan isteri semakin jauh atau renggang hubungan makin dinginlah isteri terhadap aktiviti seks dengan suaminya.

Dr. Gian Gonzaga, pengkaji dari University of Carlifornia Los Angeles (UCLA) menyatakan bahawa suami perlu menjaga sikap baik dan kasih sayang terhadap isteri. Kesan daripada sikap yang positif inilah sang isteri akan berasa ghairah bila berdekatan dengan suami.

Dalam kata lain, perasaan berahi isteri akan berkembang mengikut suasana hatinya. Sekiranya perasaan isteri sentiasa nyaman dan tenteram berdekatan dengan suami, dirinya akan semakin bernafsu untuk bercinta. Tanpa perlu dipujuk rayu isteri akan rela hati naik ke ranjang malah dengan sedikit ransangan saja, seks terus berlangsung.

Ingin ditekankan sekali lagi, salah satu penyebab hilangnya ghairah isteri terhadap seks adalah sikap suami itu sendiri. Sikap tidak ambil peduli, tidak perihatin mahupun tidak memperuntukkan masa sering kali menyebabkan isteri terasa dipinggirkan. Rasa jauh hati ini sekali gus menjarakkan perhubungan termasuklah hubungan seksual itu sendiri.

Justeru sekiranya mahu isteri kembali berani, para suami disarankan untuk menilai diri mereka. Nilaikan bagaimana perlakuan atau tingkah laku mereka selama ini terhadap isteri. Bagaimanapun perkara ini selalu dipandang remeh, mereka sebaliknya asyik merungut tentang sikap dingin isteri terhadap seks tanpa menyedari bahawa ghairah isteri yang hilang itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Sikap dan perhatian

Bukan payah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seorang isteri. Anda boleh mempamerkannya baik melalui sikap ataupun perhatian. Ada Beberapa contoh sikap yang sangat disukai oleh seorang wanita ataupun isteri. Sikap yang ditunjukkan oleh suami inilah yang nantinya akan mempengaruhi suasana hati.

Antara sikap tersebut adalah memberi kucupan sayang kepada isteri, membudayakan kata maaf di dalam perhubungan, memberi hadiah kepada isteri, selalu bergurau senda dengan isteri, mengajak isteri keluar berdua-duaan di samping membelai isteri dengan penuh kasih sayang bila bersama.

Selain itu, sikap positif seperti membantu isteri tanpa disuruh, menggenggam tangan isteri pada waktu tertentu dan juga meninggalkan sikap buruk yang tidak disukai isteri juga akan menjadikan hati dan perasaannya lebih senang dan tenang bila bersama suami.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Dr. Patti Britton, Persiden dari Foundation for Scientific Study of Sexuality, New York, Amerika Syarikat. Katanya sikap suami seperti ini adalah salah satu bentuk terapi yang ampuh untuk mengembalikan ghairah isteri yang kian menurun. Bahkan, cara ini disebut-sebut sebagai cara yang paling efektif untuk mengembalikan ghairah seks isteri. Jadi, bagi para suami yang ingin isterinya kembali berahi di ranjang, nilaikanlah semula sikap dan perlakuan anda pada isteri.


Rahsia Pikat Nafsu Suami. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Tambat Nafsu Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Mudah Hamil. Nak tau, sila klik sini

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.


Rahsia Pikat Nafsu Suami. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Tambat Nafsu Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Cepat Membaca. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Mudah Hamil. Nak tau, sila klik sini

Cara Suami Mendekati Isteri Di Malam Pertama

Suami yang mendekati isteri di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak, patutlah menjadikan anda rasa gembira. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu:

1. Tanda Pada Matanya.
Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda.

2. Tanda Senyumannya.
Sekiranya suami memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada isteri.

3. Menjilat Bibirnya.
Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu berani syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu.

4. Berjenaka.
Jika dia banyak berjenaka ketika itu, dia adalah suami yang merasa tidak selesa apabila mahu menjadi agresif. hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya untuk mencumbui anda.

5. Menyentuh Dan Membelai.
Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia dikawal oleh rasa keberahian dan menggunakan sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda.

6. Memuji.
Ini perlulah diperhatikan. Ada suami yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula yang mempunyai tujuan lain. Apa yg harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada apa yg dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui suami yang tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Persediaan menghadapi malam pertama

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

1) Bau badan – Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.


Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.

2) Bau mulut – Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.

3) Tergesa-gesa –
Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

1) Padamkan kekasaran – Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.

2) Singkirkan rasa sakit – Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.

3) Beri dorongan pada suami – Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.

4) Jangan pura-pura klimaks – Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.

BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tips Hubungan Seks Di Malam Pertama

Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.

Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.

Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta’ yang secukupnya. Isteri didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.

Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya.

Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit. Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara. Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.

Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.

Komen: Ia memang sangat sesuai digunakan ketika memasukkan zakar ke dalam faraj isteri buat kali pertama. InsyaAllah sangat nikmat, lagi-lagi jika suami isteri melakukan french kiss ketika proses tusukan zakar ke dalam faraj.


Rahsia Pikat Nafsu Suami. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Tambat Nafsu Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Mudah Hamil. Nak tau, sila klik sini